Tuesday, 9 August 2011

Kerajaan Umum Bonus Setengah Bulan Untuk Penjawat Awam, RM500 Untuk Pesara



Kerajaan Umum Bonus Setengah Bulan Untuk Penjawat Awam, RM500 Untuk Pesara
Kerajaan bersetuju membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam bulan ini.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan juga bersetuju memberi bayaran khas sebanyak RM500 kepada pesara kerajaan.
“Bonus dan bayaran khas ini akan dibuat pada pertengahan bulan ini,” kata Najib yang juga Menteri Kewangan dalam satu kenyataan hari ini.
Katanya bonus itu adalah bagi menghargai sumbangan serta dedikasi penjawat awam dalam memudah dan menjayakan pelaksanaan program pembangunan negara.
Perdana Menteri berkata kerajaan berharap pemberian bonus dan bayaran khas ini dapat meringankan beban penjawat awam dan para pesara kerajaan dan membantu mereka membuat persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri.
“Ini menunjukkan bahawa kerajaan sentiasa prihatin dan sangat menitikberatkan kebajian penjawat awam dan pesara kerajaan. Pemberian ini juga merupakan satu penghargaan kerajaan kepada seluruh penjawat awam,” kata Najib.
Katanya pemberian bonus dan bayaran khas itu akan melibatkan 1.27 juta penjawat awam Persekutuan dan 590,000 pesara kerajaan dengan anggaran perbelanjaan sebanyak RM2 bilion.

Monday, 1 August 2011

HALIS AZHAN MOHD. HANAFIAH



HALIS AZHAN MOHD. HANAFIAH dilahirkan di Melor, Kota Bharu, Kelantan pada tanggal 1 Januari 1970 dan mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Melor, Kelantan dan Sekolah Menengah Sains Machang, Kelantan. Beliau memperoleh B.Ed. TESL (Hons) daripada UKM pada tahun 1993 dan M.A. (Kesusasteraan Melayu) daripada UPM pada tahun 2002. Beliau sekarang berkhidmat sebagai pensyarah Kursus Penulisan Kreatif di IPGM Kampus Bahasa Melayu, Kuala Lumpur.



Halis Azhan mula menulis pada tanggal 31 Januari 1984. Karya pertama beliau ialah sebuah cerpen kanak-kanak berjudul Anak Pungut (Bujal, Januari 1985). Sejak itu, beliau mengorak langkah lebih jauh lagi dan menghasilkan karya-karya sastera kanak-kanak dan remaja.Novel-novel hasil pena beliau ialah Konflik (Utusan Melayu, 1989), Krisis (Utusan Melayu, 1990), Ariff (Marwilis Publisher, 1991), Cinta Gadis Nadia (Utusan Melayu, 1992), Biduk Berlalu (Utusan Melayu, 1993), Azfa Hanani (Utusan Melayu, 1994), Erni Aflina (DBP, 2001), dan Seperti Sejalur Pelangi (DBP, 2004). Halis Azhan juga menghasilkan tiga buah kumpulan cerpen remaja, iaitu Dunia Kecil Kami (FIP, 2007), Terjerat Dalam Belenggu (FIP, 2007) dan Cerita pada Hari Valentine (2007).Pengarang ini pernah memenangi Hadiah Sastera Utusan Melayu – Public Bank pada tahun 1988, 1989, 1991, 1992, 1993 dan 1994 bagi kategeri novel dan cerpen remaja, Hadiah Pertama Cerpen Kanak-kanak Mobil – DBP 1998 dan Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2002/2003 bagi kategori Kumpulan Cerpen Kanak-kanak. Beliau juga pernah dilantik sebagai panel hakim beberapa sayembara penulisan tanah air.

Serunai Faqir




adalah nama sebenar bagi Serunai Faqir yang dilahirkan di Pekan, Pahang pada 10 Oktober 1972. Kemudian keluarganya berpindah ke Johor Bahru, sebelum menetap di Muar ketika usianya sembilan tahun. Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang, UKM, dan Diploma Pengurusan & Pentadbiran Awam (INTAN). Pernah bertugas sebagai Pegawai Tadbir Diplomatik(PTD) pada 1998 hingga 2006 sebelum mengambil keputusan menulis sepenuh masa dan menjadi tenaga pengajar muzik tradisional.

Beliau aktif menulis sejak 1989 dan merupakan ahli KEPEZI (Kelab Penulis Zaharah Nawawi). Karya sajak dan cerpen beliau mendapat tempat dalam akhbar arus perdana negara dan majalah terbitan DBP di samping majalah-majalah tempatan yang lain. Menjadi penulis tamu untuk majalah Senibeladiri sehingga kini dalam ruangan Gendang Silat. Beliau pernah memenangi Hadiah Penghargaan Cerpen Remaja dan Umum, Hadiah Sastera Kumpulan Utusan (HSKU) Exxon Mobil 2006, Hadiah Sastera Darul Takzim 2007 (Cerpen Eceran), Hadiah Penghargaan Cerpen Remaja dan Umum, Hadiah Sastera Kumpulan Utusan (HSKU) Exxon Mobil 2007.

Antara karya novel beliau ialah Lagukan Senandung Itu(DBP, 2007), Dewangga Sakti:1(PTS, 2007), dan Mantera Hitam(Alaf 21, 2009). Manakala antologi yang turut memuatkan karya beliau ialah Antologi Cerpen Kanak-Kanak “Mangkuk Tempurung Nenek”(AMN Publication, 2007) dan Antologi Cerpen dan Puisi HSKU Exxon Mobil 2006 & 2007. Kini bertugas sebagai editor di Pekan Ilmu Publications.

Blog beliau boleh dilayari menerusi laman http://serunaifaqir72.blogspot.com/

Rebecca Ilham



Rebecca Ilham, nama pena Hazwani binti Rameli, telah diputerikan pada 17 Februari 1985 di Kota Bharu, Kelantan. Cahaya mata sulung kepada pasangan Rameli Mat dan Che Hasnah Che Cob ini menerima pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Bekelam, Bachok (1992–1996), sebelum mengikut ibu bapanya berpindah ke Pulau Pinang.
Di Pulau Mutiara, Rebecca Ilham meneruskan pengajian di Sekolah Kebangsaan Genting (1997) dan Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Balik Pulau (1998-2000) sebelum ke Sekolah Menengah Sains Sultan Mohamad Jiwa, Sungai Petani (2001-2002). Rebecca Ilham kemudiannya mengikuti program International Baccaulareate di Kolej MARA Banting (2003-2005) sebagai persediaan melanjutkan pendidikan peringkat tertiari di luar negara. Kini, beliau merupakan lepasan jurusan Kejuruteraan Petroleum di Colorado School of Mines, Amerika Syarikat pada tahun 2009.
Rebecca Ilham mula menulis karya kreatif fiksyen dan bukan fiksyen sejak di bangku sekolah, namun kini lebih cenderung kepada genre cerpen. Karya-karya beliau pernah mendapat tempat di media-media cetak tempatan termasuklah akhbar Berita Minggu, majalah Dewan Siswa, Dewan Kosmik dan majalah eSastera.net selain termuat di dalam antologi cerpen Jalan Jauh ke Ramallah yang diselenggaranya. Kini beliau merupakan salah seorang daripada penasihat Grup Karyawan Luar Negara selain ahli esastera.com dan penulis jemputan di laman remaja forum Iluvislam.com.
Bersama Puan Nisah Haji Haron
Ketika sesi memperkenalkan GKLN dan sastera di Kolej MARA Seremban
Antara karya-karya Rebecca Ilham:
Langit Lazuardi [Berita Minggu, 27 Mei 2007]
Jalan Jauh ke Ramallah [Antologi Cerpen GKLN: Jalan Jauh ke Ramallah, Julai 2007]
Mencari Tuhan di Celahan Cambrian [Berita Minggu, 25 November 2007]
Menjadi Naurah [Sastera.net, Disember 2007]
Di Bawah Langit Manchester [Dewan Siswa, Januari 2008]
Wira [Antologi Cerpen GKLN: Mengemis di Kota Larangan, Julai 2008]
Senja-Senja Brasilia [Mingguan Malaysia, 27 Julai 2008]
Puing Derita Bosnia – Herzegovina [Berita Harian, 2 Ogos 2008]
Yang Aneh Itu Lelaki [Dewan Kosmik, September 2008]
Perca-Perca Cinta Untuk Palestin [Berita Harian, 31 Januari 2009]
Kimono Ungu Bersulam Bunga [Mingguan Malaysia, 3 Mei 2009]
Al Fannani (Morocco)
Adibah Abdullah (UK)
Aimi Rahayu Abd Rashid (Ireland)
Ainul Arina (Jordan)
Alirfan Jindullah (Jepun)
Asyraffdini (Jordan)
Ekram Hakim (Morocco)
Emil Putra (Ireland)
Fadhil Noor (Jordan)
Fazleen Razali (UK)
Hafez Iftiqar (Australia)
Hafizuddin Awang (Rusia)
Hazwan Arif Hakimi (UK)
Hilal Asyraf (Jordan)
Ilham Hamdani (Jepun/Australia)
Iman Abd Rahim (Indonesia)
Khairil Idham (Rusia)
M Syukri Rosli (Australia)
Mahfuzah Zainol (UK)
Maisarah Shukri (Indonesia)
Muhaimin Sulam (UK)
NorShah (Manchester)
Rahman D (Mesir)
Rebecca Ilham (US)
Safwan Fital (Jepun)
Sarah Mohd Shukor (Rusia)
Shahreza Shahrir (Perancis)
Siddiq Osman (Sudan)
Syafiq Zulakifli (Mesir)
Syazlin Sazali (India)
Taufik Husein (US)
Yazid Sahak (Indonesia)
Zaid Akhtar (Jordan)
Zaki Johari (Jepun)



W.B Rendra



WAHYU BUDIWA RENDRA BIN A.WAHID menggunakan nama pena W.B.Rendra dilahirkan di Hwa Ying Maternity Home, Jalan Ah Fook di pusat bandar Johor Bahru pada 15 Syawal 1399 Hijrah bersamaan 17 September 1978. Dibesarkan di Felda Ulu Tebrau, mendapat pendidikan awal di SRK LKTP Ulu Tebrau (1985-1990), kemudian di SMK LKTP Ulu Tebrau (1991-1995). Memperolehi Bacelor Pentadbiran Perniagaan, UPM (2002-2006).


Karyanya mendapat tempat di akhbar arus perdana negara sejak 2002 setelah mengikuti Bengkel Kelab Penulis Zaharah Nawawi(KEPEZI). Hasil karya cerpennya dihimpunkan di dalam kumpulan cerpen berjudul Mazhab Cinta (DBP, 2008) yang memuatkan 24 buah karya.

Manakala novel Di Sebalik Mentari Jingga diterbitkan DBP pada tahun 2007. Karyanya turut dimuatkan di dalam beberapa antologi seperti Antologi Cerpen KEPEZI Satu (2004) dan Dua (2004), antologi puisi Daksina (2004) dan Pusaka Bangsa (2006) DBP Wilayah Selatan, Manggar-Maggar Kemerdekaan (2007, YWJ Citra), Suara Bukit Timbalan(2007, Persatuan Penulis Johor), Di Tengah Arus(2007,DBP), Dari Suatu Tikungan Lorong(2008, Utusan Publications & Distributors Sdn.Bhd.) dan Bahasa Sungai (2008, YWJ).

Pernah menghasilkan skrip drama pendek untuk slot di Klasik Nasional, RTM pada tahun 2007 berjudul Risau. Menjadi tamu ruangan Profil majalah Tunas Cipta terbitan DBP pada Mei 2005 dan menjadi Pembicara Ceritera Bersama Karyawan Sastera (Genre Cerpen, 2006) anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Selatan.

DR Faisal Tehrani

Beliau adalah penerima Anugerah Seni Negara 2006 oleh kerajaan Malaysia dan Tokoh Penulis Muda Negeri Melaka 2009 oleh Kerajaan Negeri Melaka. Beliau menulis di majalah Dewan Sastera. Untuk menghubungi Dr Haji Mohd Faizal Musa, sila hubungi asistan: Luqman Hisyam Che Mazlan di chefhisyam@gmail.com.

Faisal Tehrani adalah lulusan Ijazah Sarjana Muda Syariah-Politik dari Universiti Malaya (1998), Ijazah Sarjana Sastera dari Universiti Sains Malaysia (2000), Doktor Falsafah dari Universiti Kebangsaan Malaysia (2010).Antara novel beliau yang telah diterbitkan, Cinta Hari-hari Rusuhan terbitan Creative Enterprise (2000), ia dicalonkan ke peringkat akhir Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2000-2001.

Perempuan Politikus Melayu oleh Penerbitan Pemuda (2000). Ia dicalonkan ke peringkat akhir Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2000-2001. 1515 oleh Utusan Publications and Distributor (2003). Ia memenangi tempat pertama Hadiah Sastera Utusan Malaysia-Exxon Mobil tahun 2002. Novel ini juga menerima Anugerah Buku Negara tahun 2005 (untuk kategori Buku Umum Fiksyen Bahasa Melayu).

1515 turut dijadikan teks bacaan mahasiswa pengajian Melayu di Universiti Cologne, Jerman. Pada tahun 2011, 1515 diterjemah dan diterbitkan oleh Institut Terjemahan Negara. Maaf Dari Sorga, novel pertama dalam pembikinan tetapi hanya diterbitkan pada tahun 2003 oleh Zebra Publications. Rahsia Ummi diterbitkan oleh Zebra Publications 2003. Tunggu Teduh Dulu disirikan di ruangan agama Utusan Malaysia dan tamat pada Disember 2003. Novel ini diterbitkan oleh Penerbitan Se-lain (2004) dan Ameen Publishing (2008). 1511H Kombat oleh Utusan Publications and Distributor (2004). Ia memenangi tempat pertama Hadiah Sastera Utusan Malaysia-Exxon Mobil tahun 2003.

Advencer Si Peniup Ney oleh Utusan Publications and Distributor (2004). Ia memenangi tempat pertama Hadiah Sastera Utusan Malaysia-Exxon Mobil tahun 2004. Detektif Indigo oleh Utusan Publications and Distributor (2004). Ia memenangi tempat kedua Hadiah Sastera Utusan Malaysia-Exxon Mobil tahun 2004. Surat-surat Perempuan Johor oleh Yayasan Warisan Johor (2005). Ia memenangi Sayembara Novel Sejarah dan Tradisi Johor 1. Ikan Fugu, Lukisan & Jimson oleh Utusan Publications and Distributor (2007).

Ia merupakan sequel kepada Detektif Indigo. Bedar Sukma Bisu oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (2007). Ia memenangi Sayembara Jubli Emas DBP kategori novel umum. Bedar Sukma Bisu turut meraih Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2006/2007.Manikam Kalbu oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (2007). Ia memenangi Sayembara Jubli Emas DBP kategori novel remaja. Di sebuah majlis pada 22 Disember 2009, Manikam Kalbu dianugerahkan pula Anugerah Buku Kebangsaan Malaysia kategori Buku Remaja Fiksyen Terbaik oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dan Majlis Buku Kebangsaan Malaysia. Manikam Kalbu turut meraih Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2006/2007.

Tuhan Manusia oleh Ameen Publishing (2007). Novel kanak-kanak Nama Beta Sultan Alauddin (2007) terbitan Aberdeen World. Detektif Indigo Kembali (2008) terbitan Ameen Publishing. Ia merupakan sambungan kepada Ikan Fugu, Lukisan dan Jimson. Ketupat Cinta di Harian Metro (sejak 13 Januari 2008-5 Ogos 2008) dan diterbitkan kembali oleh Ameen Publishing (2009) sebagai Ketupat Cinta Musim Pertama. Saasatul Ibaad terbitan Aberdeen World (2008). Bahlut terbitan Ameen Publishing (2010). Pada tahun 2011, Faisal Tehrani menghasilkan novel berjudul Sebongkah Batu di Kuala Berang bersama PTS Litera.Dalam bidang drama, karya Faisal Tehrani ialah; Rintih Chicago (memenangi Hadiah Sastera Perdana Malaysia 1996/97). Angin Madinah (memenangi Hadiah Sastera Berunsur Islam anjuran Yayasan Pelajaran Islam Malaysia-DBP dan memenangi Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2000-2001). MISI (1999-2000) telah ditaja oleh Dewan Bahasa dan Pustaka untuk di bawa mengelilingi Malaysia, ia dipentaskan di Kota Kinabalu, Kuching dan Pulau Pinang. TiVi ia adaptasi dari novelet Sasterawan Negara Shahnon Ahmad dan diarahkan sendiri dalam tahun 2003 dan didanai di bawah program Teater Kecil oleh bahagian Sastera Kebangsaan Dewan Bahasa dan Pustaka. Monsopiad dan lain-lain Cerita dipentaskan pada 5-7 Disember 2003 di Esplanade Singapura, didanai oleh National Art Council of Singapore.

Monsopiad dan lain-lain Cerita dicalonkan untuk Anugerah Cameronian Award 2003 bagi kategori skrip drama Melayu terbaik. Bila Tuhan Berbicara (2007) terbitan Ameen Publishing. Karbala (2008) terbitan Aberdeen World. 2 Jam Sebelum Sultan Alauddin Syahid Diracun dipentaskan pada 25-29 Ogos 2008 di Auditorium Akademi Pengajian Islam UM dan disifatkan oleh majalah Pentas Jilid 3 Bilangan 4 terbitan Istana Budaya sebagai 'pementasan yang monumental'. Pada 13-16 Ogos 2009 bertempat di Wisma ITNM (Institut Terjemahan Negara Malaysia), Faisal Tehrani kembali mengarah sebuah teater keagamaan dengan menampilkan Kopitiam Ghadir. Ia menampilkan "hiburan intelektual" dengan lagu-lagu nyanyian kumpulan nasyid 'Revolusi Pembudayaan Selawat'.

KopitiamGhadir diulang pementasannya pada 1-4 Julai 2010. Kumpulan drama Derik Kerisek diterbitkan oleh Ameen Serve pada 2011.Kumpulan cerpen Faisal pula ialah, kumpulan cerpen mini diterbitkan di Sasbadi dengan judul Sehari Dalam Perang (1997). Juga kumpulan cerpen mini diterbitkan di Sasbadi dengan judul Safari Gilgit (1997), kumpulan cerpen Underground bersama Azman Husin dalam tahun 2000, kumpulan cerpen 'Lagi-Lagi Underground' dengan Saharil Hasril Sanin tahun 2002.

Kumpulan cerpen Perempuan Anggerik terbitan DBP pada tahun 2002, kumpulan cerpen ini disenarai pendekkan untuk Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2002/2003, kumpulan Cerpen Kekasih Sam Po Bo terbitan Aberdeen World (2006). Dalam tahun 2010 beliau menerbitkan kumpulan cerpen Tiga Kali Seminggu.

Dalam bidang puisi Faisal Tehrani muncul dengan kumpulan puisi beliau yang pertama iaitu Ingin Jadi Nasrallah pada tahun 2010. Ia diterbitkan oleh Ameen Publishing.Buku panduan penulisan kreatif tulisan beliau ialah 'Karya Nan Indah' (Ameen Publishing 2007).

Prinsip penulisan beliau: Kerja kita sebagai sasterawan adalah pertamanya, kerja sebagai pengawal masyarakat; keduanya, kerja menjadi tukang cakap aspirasi ummah; ketiganya kerja sebagai rujukan bangsa di saat mereka menghadapi persoalan yang menekan; keempatnya, kerja sebagai tali pengikat atau integrator supaya dapat membangunkan potensi masyarakat.

Wan Marzuki Wan Ramli

Dilahirkan di Tanah Merah, Kelantan. Pendidikan Menengah hingga Tingkatan 6 di Maahad Ahmadi Tanah Merah. Mengikuti Diploma Perguruan (Pengajian Islam) di Institut Perguruan Tengku Ampuan Afzan, Pahang. Memperolehi Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam (Syariah) dari UKM pada tahun 2004.

Mula mengajar di SK Meranti, Pasir Mas (1997-2005), di SK Sultan Ibrahim (4), Pasir Mas (2006-2010). Kini bertugas sebagai Guru Pendidikan Islam di SK Jerek, Gua Musang. Mantan graduan MINGGU PENULIS REMAJA DBP 1988. Menelusuri denai sastera sejak usia 15 tahun.