
adalah nama sebenar bagi Serunai Faqir yang dilahirkan di Pekan, Pahang pada 10 Oktober 1972. Kemudian keluarganya berpindah ke Johor Bahru, sebelum menetap di Muar ketika usianya sembilan tahun. Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang, UKM, dan Diploma Pengurusan & Pentadbiran Awam (INTAN). Pernah bertugas sebagai Pegawai Tadbir Diplomatik(PTD) pada 1998 hingga 2006 sebelum mengambil keputusan menulis sepenuh masa dan menjadi tenaga pengajar muzik tradisional.
Beliau aktif menulis sejak 1989 dan merupakan ahli KEPEZI (Kelab Penulis Zaharah Nawawi). Karya sajak dan cerpen beliau mendapat tempat dalam akhbar arus perdana negara dan majalah terbitan DBP di samping majalah-majalah tempatan yang lain. Menjadi penulis tamu untuk majalah Senibeladiri sehingga kini dalam ruangan Gendang Silat. Beliau pernah memenangi Hadiah Penghargaan Cerpen Remaja dan Umum, Hadiah Sastera Kumpulan Utusan (HSKU) Exxon Mobil 2006, Hadiah Sastera Darul Takzim 2007 (Cerpen Eceran), Hadiah Penghargaan Cerpen Remaja dan Umum, Hadiah Sastera Kumpulan Utusan (HSKU) Exxon Mobil 2007.
Antara karya novel beliau ialah Lagukan Senandung Itu(DBP, 2007), Dewangga Sakti:1(PTS, 2007), dan Mantera Hitam(Alaf 21, 2009). Manakala antologi yang turut memuatkan karya beliau ialah Antologi Cerpen Kanak-Kanak “Mangkuk Tempurung Nenek”(AMN Publication, 2007) dan Antologi Cerpen dan Puisi HSKU Exxon Mobil 2006 & 2007. Kini bertugas sebagai editor di Pekan Ilmu Publications.
Blog beliau boleh dilayari menerusi laman http://serunaifaqir72.blogspot.com/
No comments:
Post a Comment